Have Halal, Will Travel Rai Budaya Majmuk Singapura Dengan ‘Together at The Table 2022’

0 Comments

Kalau korang pergi travel, apa yang korang praktikkan? Bagi yang bergelar Islam, semestinya mengutamakan bab makan dulu. Halal ke tak halal? Boleh makan ke tak? Benda-benda macam ni yang selalu bermain di fikiran, lagi-lagi yang tak pernah atau jarang travel ke luar negara. 

Have Halal Will Travel (HHWT) kini menampilkan Singapura sebagai tarikan pelancongan di selatan Malaysia dengan nafas baharu tau! Kalau nak tahu, baru-baru ni platform kembara dan gaya hidup terbesar bagi golongan Muslim di Asia telah melancarkan sebuah festival makanan dengan tema khusus “Together At The Table 2022”. Acara ini diadakan selari dengan Pesta Makanan Singapura 2022 dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura. Ia bertujuan bagi memenuhi permintaan untuk kulinari halal yang semakin meningkat hari demi hari.

Tengku Suzana, pengasas bersama HHWT juga mengulas bahawa mereka berhasrat untuk membantu pengunjung daripada setiap pelosok dunia untuk menerokai pelbagai pilihan makanan halal yang merupakan permata tersembunyi yang terletak di dalam empat kawasan terkenal – Chinatown, Little India, Kampong Gelam, dan Katong-Joo Chiat. Bahkan, pengunjung juga berpeluang untuk menerokai setiap ceruk yang ada di Singapura selepas ini. Menarik kan?

Aktiviti Together At The Table 2022

Haa dekat sini ada banyak tau aktiviti bertemakan halal yang boleh korang cuba. Termasuklah tiga kelas pakar, dua pengalaman bersantap khas dan beberapa jelajah makanan khusus ke presint di Singapura. Aktiviti-aktiviti ni sudah pun bermula sehinggalah 23 Oktober 2022 nanti. Banyak lagi masa tu kalau nak join, jangan ketinggalan!

Peserta juga boleh mendalami dan mempertingkatkan kemahiran kulinari menerusi tiga kelas pakar yang berbeza tau; sebuah sesi perkongsian ilmu mengenai daging dengan The Meatery, Peruncit daging premium milik Muslim! Wah bangga. Kalau ada yang tak suka sangat daging, ada juga sesi mempelajari cara membuat pasta segar dengan Tipo a pasta café, dan kelas bimbingan “mocktail” yang dikendalikan oleh Picanhas, sebuah restoran stik halal di Singapura. Fuh, terasa nak terbang ke Singapura sekarang juga lah.

Makanan Halal Di Hujung Jari

HHWT juga melancarkan platform perdagangan sosial yang dipanggil Tribes buat pengembara Muslim. Ini lebih memudahkan pengunjung untuk menemui destinasi dan mendapatkan cadangan daripada komuniti mengenai penginapan, aktiviti, lokasi makanan, apa yang boleh dibeli dan cara untuk ke sana seiring dengan kempen ‘Together At The Table’. Para ahli boleh berkongsi review & edit the list, serta banyak lagi yang boleh dilakukan menerusi Tribes ini.

Korang boleh ke Tribes untuk menikmati perjalanan ke Singapura dengan lebih menyeronokkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.