‘Ijab Kabut’ Bakal Menambat Hati Penonton – Hanya Di Viu Original

0 Comments

Ada benda eksited nak bagitahu korang ni gais. Ijab Kabut, merupakan drama siri romantik komedi bakal ditayangkan melalui platform Viu bermula khamis, 13 Oktober! Aduh tak sabar nak duduk depan TV esok. Tambah pulak dengan barisan pelakon yang hebat-hebat semuanya seperti Azira Shafinaz yang memegang watak sebagai Deanna, Fadlan Hazim sebagai Khai dan Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Mat. 

Kalau korang nak tahu, hari ini telah diadakan majlis pelancaran sidang media di Royale Chulan Kuala Lumpur tau. Siap ada dewan majlis perkahwinan yang dihias oleh perancang perkahwinan terkenal iaitu Reka Teemor. Cantik gila kay! Boleh la nak acah berangan ambil angin di taman New York, cewah! Bukan tu je gais, acara turut menampilkan persembahan khas oleh kumpulan wanita tempatan De Fam dengan lagu terbaharu mereka, Berubah. Fuh memang layan habis.

Meh nak cerita sikit sinopsis siri romantik komedi terbaru ni supaya korang lebih faham nak tengok esok hehe. Seorang penerbit muzik, Deanna (lakonan Azira Shafinaz) bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Senario terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka. Jadi Deanna ni memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja yang layak untuk dijadikan sebagai pengantin lelaki. Ha sampai macam tu sekali ke? 

Nak tahu betapa kabutnya kisah ni, jangan lupa saksikan esok okeh hanya di aplikasi Viu, serta lama web www.viu.com. Enjoi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.