Temui Toots Si Duta Hijau Shangri-La Rasa Sentosa, Singapura

0 Comments

Satu-satunya resort tepi pantai di negara ini, Shangri-La Rasa Sentosa Singapura mengalukan kedatangan tetamu untuk beramah mesra bersama Toots bertujuan meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak yang bakal tiba! Eh siapa Toots ni? Toots merupakan Duta Hijau dengan wajah baharu yang akan memeriahkan resort ini bermula 7 Oktober tau. Famili yang ada anak-anak tu boleh lah bawa bercuti ke sini.

Toots mempunyai moto hidupnya tersendiri iaitu ‘Green and good vibes only’ & berjanji untuk memberi keseronokan kepada tetamu yang hadir tak kira peringkat umur tau. Korang nak bergambar ke, nak berkenalan ke, nak dapat ‘free hugs’ daripada Toots pun boleh tapi  kena lah datang bermalam di resort sini dulu kays!

Kalau nak tahu sebenarnya Toots ni dikenali sebagai Katak Pokok Asia yang spesisnya boleh dijumpai di Pulau Sentosa. Dengan wujudnya Toots sebagai Duta Hijau dapatlah membuka mata orang ramai akan kepentingan menjaga alam semula jadi, termasuklah hidupan liar yang terancam. Ha nak tahu apa lagi yang korang boleh buat sepanjang bercuti di sini nanti? Jom tengok!

  1. Realiti Tambahan @ Augmented Reality (AR)

Sebelum pelancaran Hari Kanak-Kanak, orang ramai boleh bermain dengan Toots secara virtual melalui media sosial resort @RasaSentosa melalui AR. Ni lah masanya anak2 untuk cuba benda baru kan?

  1. ‘Rasa Sentosa Kids Activity Book’ bersama keluarga Toots

Banyak aktiviti istimewa yang menarik bakal diadakan bersama Toots dimana ibu bapa boleh memberi ruang untuk anak-anak menyertai permainan yang menguji minda & lain dari yang lain. Dijamin menyeronokkan!

  1. ‘Family Fun All Day’

Terdapat pelbagai jenis aktiviti outdoor yang best2 untuk seisi keluarga selain daripada melihat keindahan pantai. Ada gelongsor air, kayak, bot pedal dan banyak lagi tau. Nak tahu lebih kena lah datang menginap di sini.
Korang nak tahu lebih lanjut, boleh ke official website www.shangri-la.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.