Selami Bakat Artis Malaysia & Karya Unik Mereka Di Telur Pecah 2.022

0 Comments

Telur Pecah 2.022 dah kembali gais! Ada penggemar seni kontemporari tak dekat sini? GMBB pusat beli-belah komuniti kreatif Malaysia bersama dengan kurator Phillip telah membawa kembali edisi kedua pameran seni kontemporari Telur Pecah buat semua tau. Ia bagi meraikan kepelbagaian dalam seni yang menampilkan 128 karyawan dari pelbagai latar belakang. Pelancaran rasminya telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Menarik kan? Dah boleh dah ajak partner ngedate kat sini hujung minggu nanti.

Haa pameran kali ni lebih besar dan menarik tau! Pada edisi pertama tahun lalu, sebanyak 30 buah hasil karya seni telah terjual sepanjang berlangsungnya pameran tersebut. Malah ia lebih membanggakan dimana Telur Pecah 2.022 telah mencatat jualan sebanyak 14 buah karya seni pada hari ‘soft launch’ sahaja! Hebat tak hebat gais. Kelebihan pameran ini bukan sahaja merapatkan jurang masyarakat majmuk, tetapi ia juga menyediakan peluang dan platform buat orang ramai untuk menggabungkan karya-karya seni di Malaysia. 

“Seni wujud dalam kisah kita, sejarah kita, kata-kata kita, daripada seni jalanan kepada seni halus, malah seni di sebalik pakaian yang kita pakai, seni ada pada segala-galanya di sekitar kita.” sedikit kata-kata menarik dipetik daripada Lim Ying Xian, Kurator GMBB. Beliau juga berharap lebih ramai artis dan karyawan berbakat menjadikan platform ini sebagai batu loncatan bagi menyerlahkan bakat terpendam mereka yang sememangnya patut dihargai dan disokong bersama rakyat Malaysia yang lain. 

Pameran seni ini dijayakan dengan sokongan pelbagai organisasi seperti Institut Seni Malaysia (MIA), Universiti Teknologi MARA, Aswara Malaysia, Universiti UCSI, Angkatan Pelukis SeMalaysia, Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA), WOW 1.0 dari Kota Kinabalu, HAUS dari Kuching serta penyewa tetap GMBB GERIMIS dan OLFAC3 Perfumes yang akan mengharumkan sudut-sudut tertentu. Ia berlangsung bermula 12 Oktober sehingga 13 November 2022 ni dan kemasukan adalah percuma! Nak beli mana-mana karya yang dipamerkan pun sangat dialu-alukan okeh.

Nak tahu lebih lanjut korang boleh ke akaun Facebook di www.facebook.com/gmbbkl/ atau Instagram di www.instagram.com/gmbb.kl/.

Leave a Reply

Your email address will not be published.