Day Trip Ke Ipoh Naik ETS, Ini List Tempat Best Yang Korang Boleh Pergi

0 Comments

Kalau korang dari KL nak ke Ipoh, boleh je buat day trip tanpa bermalam. Dekat sini maybe boleh cut cost untuk yang nak travel sendirian atau dalam small group. Jarak ke Ipoh yang cuma 3 jam dari KL membuatkan Ipoh sentiasa jadi pilihan. 

Kena pula sekarang dah ada ETS kan? Lebih mudah. Jadi, sis listkan dekat sini mana yang korang boleh pergi kalau buat day trip guna ETS, bajet dan berapa jarak dia dari Stesen Keretapi Ipoh.

1. Concubine Lane Ipoh 

Jarak: 7 minit (walking distance)

Tiket: FOC

Buat korang yang plan ke Ipoh nak cari makan je, korang boleh datang Concuine Lane Ipoh. Tempat wajib sebab dekat sini sepanjang jalan korang akan jumpa macam-macam jenis makanan bermula dari makanan berat sampailah ke dessert-dessert menarik. 

Kredit: Wan Ahmad via Jalan² Cari Makan dan Tempat Menarik Di Malaysia

2. Gua Kek Look Tong

Jarak: 19 minit (driving distance)

Tiket: FOC

Dibuka setiap hari, macam-macam aktiviti korang boleh buat dekat sini. Expect to spend lebih lama dekat sini sebab korang bukan je akan explore gua. Tapi juga boleh cycle on land or water dekat taman di entrance belakang temple.

Kredit: Perak Press

3. Muzium Yasmin Ahmad 

Jarak: 6 minit (walking distance)

Tiket: RM5

Jarak muzium ini dengan Concubine Lane memang dekat sangat. Jadi sangat rugi kalau korang tak singgah kan? Kalau korang memang minat dengan hasil karya Yasmin Ahmad, inilah tempatnya.

Kredit: via Damai Homestay Ipoh

4. Muzium Ho Yan Hor (Muzium Teh)

Jarak: 9 minit (walking distance)

Tiket: FOC

 Hidup di bandar KL memang stress kan? Kadang tu sampai tak dapat tidur malam, ada masalah sembelit dan macam-macam lagi. Apa kata singgah kejap dekat sini sebab korang boleh try pelbagai teh herba sebagai rawatan alternatif untuk masalah tersebut. Dekat sangat dengan Concubine Lane, apa kata sebelum masuk Concubine Lane tu, singgah sini dulu.

Kalau day trip rasanya tak perlu banyak-banyak sangat tempat. 4 ni pun dah cukup untuk pack-kan jadual korang. 

So day trip ke Ipoh naik ETS, onz tak onz gais?

Leave a Reply

Your email address will not be published.