Pintu Masuk Mula Dikawal Ketat, Ini Yang Korang Kena Tahu Sebelum Buat Travel Plan Ke Thailand

0 Comments

Bermula 9 Januari 2023, nampaknya korang yang dah ada planning untuk ke Thailand selepas tarikh ni kena buat beberapa perubahan. Ini kerana, kerajaan Thailand dah pun menetapkan beberapa peraturan baru untuk para pelancong sebelum mereka dibenarkan masuk ke negara ini.

Pelancong 18 tahun ke atas wajib menunjukkan bukti telah divaksinasi dengan dua dos vaksin COVID-19 berserta surat yang menyatakan sudah baik dari jangkitan COVID-19 dalam tempoh tidak lebih 180 hari.

Jika belum divaksinasi atas alasan kesihatan, pelancong perlu membawa surat perubatan yang menyokong alasan tersebut.

Syarikat penerbangan bertanggungjawab memastikan pelancong antarabangsa untuk mematuhi syarat kemasukan COVID-19 ke Thailand dan akan menolak mereka yang tidak mempunyai dokumen berkenaan.

Mereka yang menunjukkan gejala akan dinasihatkan untuk menjalani ujian semasa ketibaan.

Pelancong mesti mempunyai bukti insurans kesihatan yang meliputi rawatan COVID-19 jika destinasi seterusnya memerlukan mereka mengemukakan keputusan negatif ujian COVID-19 semasa ketibaan.

Penduduk asal Thailand dan mereka yang transit di Thailand untuk ke destinasi lain dikecualikan daripada keperluan COVID-19.

Sumber: bhumjaithai.com

Kredit gambar utama: rnphotos via unsplash.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.