Dekat Dengan KL, Port Glamping Ni Underrated Tapi Boleh Layan Healing Beb!

0 Comments

“Tenanggg, ribut jiwa…”

Kadang tu memang nak healing, tapi cuti dalam seminggu tu cuma sehari je. Nak healing jauh-jauh luar dari KL macam tak sempat pula kan? Okey, buat korang yang mencari port healing area yang dekat KL, minmin ada port boek yang boleh korang consider.

Berlatarbelakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam, glamping di Alpine Camp @ Hulu Langat ni akan buat korang amazed dengan persekitaran di sekitarnya campsite. Mana tidaknya, masih ada lagi kawasan dalam bandar yang penuh dengan nature macam ni.

Kredit: Instagram @ahmadsyauqqil

Sesuai untuk bawa anak-anak masa cuti sekolah, kemudahan yang disediakan di kawasan sini juga sangat selesa. Siap ada sungai yang selamat untuk aktiviti mandi-manda anak-anak dengan pengawasan ibu bapa!

Selain daripada ini, ada lagi beberapa port healing menarik yang korang boleh try out untuk healing. Nak mudahkan korang, minmin ada listkan sesiap DEKAT SINI.

Atau korang ada port healing lain yang lagi best?

Kredit gambar utama: Facebook Alpine Camp Glamping

Leave a Reply

Your email address will not be published.