AS Blacklist Petaling Street Sebagai Kawasan Jualan Barangan Fake

0 Comments

Bila datang ke Kuala Lumpur, pastinya Petaling Street menjadi salah satu lokasi yang termasuk dalam list wajib lawat buat para pelancong. 

Tapi dalam satu Kajian Semula pasaran Terkenal 2022 oleh Pejabat Wakil perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Petaling Street dinamakan sebagai kawasan terkenal yang menjual barangan tiruan. 

Dalam laporan tersebut, di sini dijual pelbagai barangan tiruan termasuklah jam tangan, beg, cermin mata dan sebagainya. Juga disebutkan walaupun aktiviti belum kembali ke tahap sebelum pandemik COVID-19, kebanyakan barangan di sana pada ketika ini adalah barangan tiruan.

Sikap pihak berkuasa tempatan juga dikritik di dalam laporan tersebut kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan cermat dalam mengawal aktiviti ini antaranya sikap pilih mereka selain daripada jalinan kerjasama di antara pemegang hak cipta dengan pihak berkuasa tempatan.

Kredit: USTR

Akan tetapi, kajian ini tidak dipersetujui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur dengan mengatakan tuduhan ini tidak benar dengan menjelaskan di Petaling Street hanya ada 10-20% daripada penjaja yang menjual barangan tiruan.

Pendapat korang pula macam mana? Setuju atau tidak dengan kajian ini?

Kredit gambar utama: Setyaki Irham via unsplash.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.