Kalau korang rasa menikmati makanan dalam kereta api dah cukup unik dan menarik, apa kata kali ini korang try pulak makan dalam bas vintage yang dijangkakan akan menjadi trend terbaharu selepas ini.
Kalau korang nak rasa suasana ni, korang bolehlah ke Sekincan yang sekarang ni memang terkenal sebagai weekend escape terutamanya untuk golongan yang tinggal atau kerja di kawasan bandar.
Bas 2 tingkat yang dah diubah suai menjadi kafe ini terkenal dengan hidangan Chicken Chop bersama pasta selain daripada menu ayam Korea yang disediakan.
Tak kurang hebat dessertnya yang pelbagai. Terasa sangat estetik bila makanan yang diorder dihidangkan ke meja.
Lagi pula kalau bas tersebut berada di tengah sawah padi yang merimbun hijau. Tenang rasanya jiwa sambil hirup secawan kopi panas.
Bak kata orang sekarang, healing ribut jiwaa~
Lokasi: N.16 Bus Cafe, Sekincan
Waktu operasi: 11.30am – 6pm (Kecuali Selasa & Rabu)