Asal buka TikTok, mesti ada sekali dua terlalu pasal shawarma kan? Lubuk paling hot sekarang ni pastilah dekat Bukit Bintang. Memang boleh dikatakan ada lebih 10 buah kedai yang menawarkan menu ini di sana.
Tapi jadi tak sedap bila ada yang mendakwa, salah sebuah kedai shawarma viral di Bukit Bintang ini menggunakan taktik licik untuk menipu pelanggan dengan menekan jumlah yang tidak masuk akal sekiranya kaedah bayaran yang digunakan adalah kad.
Melihat pada komen, rupanya ramai yang dah terkena. Salah satu pelanggan memberitahu dengan pembelian tiga shawarma ayam dan tiga shawarma daging, beliau dikenakan caj sebanyak RM160!
Selain itu, ramai juga yang meluahkan sudah terkena dengan penjual ini. Bukan setakat itu, ada juga yang berkongsi harga jualan shawarma pula dilihat semakin lama semakin mahal.
Maybe dah boleh support kedai lain kot. Korang yang nak bayar tu, sentiasa hati-hati kay. Jangan sampai korang pun turut terkena. Naya!
TikTok: @DakAjlaa66