Kuih Raya Dari Hati, Aidilfitri bersama Cadbury Dairy Milk!

0 Comments

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk bulan Ramadan dah kan? Bulan yang sangat mulia untuk kita sama-sama beramal ibadat & sentiasa bersyukur, mesti semua dah tak sabar. Lagi-lagi bila Cadbury Dairy Milk mengadakan kempen Kuih Raya Dari Hati – usaha dalam menyatukan keluarga di Malaysia. Wah, satu inisiatif yang mengagumkan!

Inisiatif Kuih Raya Dari Hati adalah acara di mana masyarakat Malaysia membuat kuih Tart Cadbury dan menyumbangkannya kepada rumah kebajikan. Tujuannya adalah untuk memberikan manfaat kepada orang yang memerlukan dan memberikan kebahagiaan dalam  menyambut Hari Raya Aidilfitri. Acara ini juga bertujuan untuk mencipta sejarah dan menerima gelaran “Kuih Tart Coklat Cadbury Terbanyak Yang Dihasilkan Dalam Sebuah Acara” daripada The Malaysia Book of Records. Tahniah diucapkan pada semua yang terlibat, korang memang cayalahhhh.

Sesi membuat kuih Tart Cadbury turut menampilkan chef selebriti seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook rasmi di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.