Set Up Serba Serbi Lengkap, Kegigihan Influencer ‘Bawa Rumah’ Masa Camping Raih Perhatian

0 Comments

Perasan tak sejak lepas PKP, aktiviti camping dah semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai. Lari daripada dunia yang sibuk, sambil menikmati alam sekitar memang sangat menyenangkan.

Atau kata orang sekarang, healing. 

Kalau lihat di TikTok, memang ada je video camping yang akan lalu fyp. Tapi ada video yang memang menarik perhatian min kalau pasal camping, dari influencer yang juga businessman @eboyarbaain95.

Beliau bercamping dah macam bawa satu rumah. Mana tidaknya, ruang khemah akan diisi dengan kelengkapan seperti katil angin, sofa angin, ‘almari’, meja malah pokok pun ada! Tidak dilupakan ada juga Playstation5.

Sangat estetik. Yang menarik juga, barangan yang digunakan bukanlah barang camping biasa tetapi merupakan barang camping yang berjenama, malah ada yang menganggarkan kemungkinan harga-harganya boleh mencapai harga sebuah kereta!

Memang padu. Kita yang tengok pun telan air liur sebab kegigihan pasangan ini memang luar biasa. 

TikTok: @eboyarbaain95

Leave a Reply

Your email address will not be published.