Tiba-Tiba Dipeluk Lelaki Transgender, Trick Pencuri Terbaru Di Thailand

0 Comments

Lepas sahaja border negara dibenarkan untuk dibuka, negara Thailand antara yang selalu sesak dengan pelancong dari negara Asia. Bukan sahaja kerana nilai mata wang yang tak berapa jauh bezanya tetapi juga kerana kepelbagaian makanan yang kena dengan selera orang kita.

Tapi hati-hati kalau korang tiba-tiba dipeluk oleh perempuan cantik di sana. Ini kerana sudah ada kes di mana seorang lelaki dari Singapura secara tiba-tiba dipeluk oleh seorang transwoman di Bangkok yang mana kemudiannya menyedari rantai emas dicuri.

Kredit gambar: The Thaiger

Mangsa yang berusia 52 tahun, ‘diserang’ semasa dalam perjalanan pulang ke hotel sekitar jam 12.30 tengah malam sebelum ‘wanita’ tersebut mencuri rantai emasnya yang dianggarkan bernilai hampir RM4,000 dan melarikan diri.

Bertindak pantas mengejar dan berjaya menangkap wanita tersebut, lelaki berkenan kemudian menghubungi polis dan menyerahkan suspek. 

Suspek kemudiannya didakwa atas perbuatan mencuri dan akan dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda 100,000 baht sekiranya didapati bersalah.

Sumber berita dan kredit gambar utama: The Thaiger

Leave a Reply

Your email address will not be published.