Daripada Jenis Kontena Sampai Ke Hotel Taraf 5 Bintang, Ini 5 Hotel Paling Berbaloi Boleh Korang Dapat Dengan Bajet Bawah RM400

0 Comments

Menghampiri tengah tahun, ramai ke yang dah burn out kejar KPI masing-masing? Sibuk dengan kerja, kesihatan mental jangan dilupakan ya.

Apa kata korang plan percutian untuk healing. Kalau rasa cuaca panas di Malaysia sekarang ni tak best untuk korang healing, min ada nak share tempat penginapan yang unik dengan bajet yang kena dengan poket korang.

  1. Bangkok, Thailand: Feel Good Bangkok Hostel (RM113.13)

Walaupun harganya boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan lokasinya yang strategik berdekatan Jalan Kao San, The Feel Good Hostel & Cafe merupakan satu-satunya hostel dalam senarai min ini. Sebab apa? Sebab dengan harga ini, korang boleh dapat bilik yang bersih dan selesa, servis pun bagus! Kalau nak privasi sikit, hanya perlu tambah sikit dah boleh dapat bilik dengan bilik air persendirian!

  1. Goa, India: Casa Severina (RM209.25)

Casa Severina merupakan lokasi yang dianugerahkan sebagai pilihan utama di Goa tahun lepas dalam segmen hotel bertaraf 3 bintang. Tahap perkhidmatan yang luar biasa banyak menyumbang kepada pengiktiran Berbaloi dengan Harga. Kawasan halaman yang indah, ada kolam renang dan kemudahan kecergasan adalah salah satu tarikan untuk korang yang nak healing tapi dalam masa yang sama tetap menjaga stamina badan. Best sekali, dekat dengan pantai!

  1. Hanoi, Vietnam: Smarana Hanoi Heritage (RM340.04)

Tengok je keadaan hotel ini di internet, hati dah tak sabar. Mana tidaknya, keindahan hotel ini memang sangat menakjubkan. Lagi-lagi kalau korang memang minat deko yang ceria, dihiasi dengan tumbuhan dan ruang balkoni ala Perancis. 

Dengan traf 5 bintang, lokasi hotel yang dekat dengan lokasi utama Hanoi menjadikan hotel ini boleh korang consider kalau korang malas nak travel jauh-jauh dari tempat menarik.

  1. Kuala Lumpur, Malaysia: KLoe Hotel (RM392.35)

Kalau rasa cuti tahunan tak banyak, maybe korang boleh consider KLoe Hotel yang berada di Kuala Lumpur je. Kalau korang nak tahu, hotel ini diiktiraf sebagai pilihan utama di Kuala Lumpur oleh pelanggan Agoda. Nak tahu kenapa? Korang pergi je website dah boleh tahu kenapa hotel ini dikatakan sebagai hab nomad kreatif.

Nak dapat idea kreatif, bolehlah consider di sini.

  1. Manila, Filipina: Seda Residences Makati (RM392.35)

Dengan lokasi yang strategik di Ayala Avenue, hotel ini merupakan lokasi yang sesuai kalau korang mencari penginapan dengan suasana tenang di Filipina. Terasa macam ada di rumah sendiri. Pastinya paling penting, boleh healing dengan view dari Sky Lobby di Tingkat 19 atau bar bumbung di Tingkat 35!

Untuk pengetahuan korang, lima hotel ini merupakan antara hotel yang diiktiraf sebagai hotel yang berbaloi dengan harga menurut skor yang diberikan pelanggan Agoda. Nak melancong tanpa renyah, boleh je guna Agoda. Lebih mudah dan selamat.

*Harga mungkin berubah mengikut ketersediaan tarikh.

Kredit imej: Agoda

Leave a Reply

Your email address will not be published.