Dah Boleh Mohon Online, Ini 3 Lokasi Pejabat Imigresen Yang Kena Korang Tahu

0 Comments

Sekarang ni banyak dah pejabat yang tawarkan servis secara online. Senang, jimat masa tak perlu tunggu lama untuk urusan yang boleh siap dalam masa sekejap je. Nak pula ada yang sampai terpaksa apply cuti.

Bermula 1 Jun ini, urusan nak renew pasport untuk tiga cawangan pejabat imigresen ini akan diadakan secara online sepenuhnya.

  1. Pejabat Imigresen Kajang
  2. Pejabat Imigresen Kelana Jaya 
  3. Pejabat Imigresen Wangsa Maju

Servis ini boleh korang dapatkan menerusi sistem MyOnline Pasport. Kalau korang datang ke kaunter untuk urusan renew pasport bagi pemohon berumur antara 13-59 tahun, mungkin korang akan diminta untuk pulang dan renew secara online.

Kredit imej: Mohd Sahar Misni via The Star

Kalau nak tahu ia bagi menangani isu kesesakan yang selalu dialami oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan ketiganya dipilih kerana ia menjadi tumpuan di Lembah Klang dan merupakan pejabat yang mengeluarkan pasport paling tinggi!

Tapi masih ada kategori yang diterima untuk renew pasport di pejabat ini iaitu:

  1. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah
  2. Warga emas 60 tahun ke atas, bakal jemaah haji
  3. Pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang mendapat tawaran belajar luar negeri
  4. OKU
  5. Ahli keluarga yang mengiringi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah

Jadi lepas ni mudah dah. Tak payah nak beratur lama. Senang!

Kredit gambar utama: Soya Cincau

Leave a Reply

Your email address will not be published.