Penangan Viral, Akka Nasi Lemak Menangis Hidup Jadi Tak Tenang

0 Comments

Sekarang memang zaman viral. Penangan viral, kehidupan seseorang boleh berubah sekelip mata. 

Macam yang berlaku dalam sebulan lalu, bisnes seorang penjual nasi lemak yang mesra digelar sebagai Akka Nasi Lemak menjadi buruan ramai. Seawal subuh dah ada yang beratur demi merasai keenakan air tangan akka ni.

Bukan setakat hasil jualan meningkat tetapi juga pernah dijemput ke rancangan TV Tamil untuk bercerita tentang perjalanannya sebagai peniaga kecil.

Siapa sangka di sebalik kisah viralnya, akka mendedahkan dia juga berdepan kecaman, hinaan dan gangguan daripada beberapa pihak yang dengki dengan perniagaannya. Dah 13 tahun berbisnes kini ketenangannya tak lagi ‘bersamanya’.

Tidak bercadang untuk buka kedai makan sendiri, akka berkata dia masih berbisnes dengan gerai kecil di tepi jalan sebagai punca rezeki. Namun beliau mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya menguruskan jualan.

Sabarlah akka, orang yang hati busuk memang suka dengki lihat kesenangan orang lain.

TikTok: @Billioners 1111

Kredit gambar utama: Facebook Fun N’ Taste/ via TikTok @nasttyboii

Leave a Reply

Your email address will not be published.