Tambah Telur Rebus, Sambal & Ikan Bilis, Pembeli ‘Naik Suara’ Kena Caj Extra 50 Sen

0 Comments

Semua pun faham yang sekarang ni harga barangan semua naik. Bukan setakat pengguna sahaja yang terkesan, tapi juga daripada side peniaga sendiri. Mana tidaknya, pembeli nak harga murah, tapi peniaga kenalah jual sekurangnya balik modal penat semua.

Macam kes akak yang meniaga nasi lemak ni. Nasi lemaknya dijual dengan harga RM2, tetapi apabila si pembeli meminta extra telur, extra sambal dan extra ikan bilis, beliau terpaksalah tambah extra caj 50 sen.

Tapi lain jadi bila pembeli macam naik suara dan seakan komplen dengan pertambahan caj tersebut. Siap dakwa yang extra dimintanya itu sikit je.

Lastnya peniaga terpaksa setuju dengan harga RM2 yang dikenakan. Dah tu tak ada pula cash, macam mengugut hanya akan bayar sekiranya bayaran online dilakukan pun ada juga. Akhirnya tetap tak jadi beli sebab tiada bayaran online.

Kesian peniaga kan kalau dapat pembeli macam ni. Nak marah kang pelanggan, nak tak nak telan jelah. 

TikTok: @nisya126

Leave a Reply

Your email address will not be published.