Dalam satu hantaran Facebook, sepasang warga Singapura yang menunggu giliran di Pusat Pemeriksaan Tuas dikatakan telah menerima arahan untuk menanggalkan ‘penutup’ pasport mereka dengan nada tidak sopan pada 20 Mei lalu.
Namun selepas menerima semula pasport, mereka mendakwa muka surat buku tersebut ada yang dibatalkan, dipotong dan dicop semula pada muka surat yang berasingan. Tidak puas hati dengan kejadian ‘pembaziran’ tersebut, pasangan berkenaan memutuskan untuk melakukan aduan di pejabat imigresen.
Namun, mereka dikatakan telah menerima surat penolakan masuk ke Malaysia selama 6 bulan dan mendakwa tidak diberitahu mengapa notis tersebut diberikan serta menuntut penjelasan daripada pihak imigresen Malaysia.
Setelah kisah pasangan ini tular, di ruangan komen ada yang mengatakan mereka berada di lokasi kejadian telah membuka cerita. Katanya ada plot twist dalam kisah berkenaan di mana ada provokasi yang dilakukan.
Namun sejauh mana kebenarannya, masih lagi tidak dapat dipastikan. Apa yang penting, pasangan tersebut dah pun buat laporan aduan rasmi di laman rasmi imigresen Malaysia.
Kita nantikan sahajalah kesudahannya. Moga keadilan tertegak untuk sesiapa yang berada di pihak benar.