Kolaborasi ‘Pecah Pala’; Fesyen, Makanan & Muzik Yang Meriahkan Hujung Minggu Korang Ni

0 Comments

Rakyat Malaysia memang suka makan. Tak pandang jauh, min kata dekat diri min sendiri la. Hujung minggu je memang akan ada slot untuk chillax dan food hunting.

Kalau korang pun macam min, jenis enjoy dengan makanan min rasa macam nak ajak korang ‘lepak’ layan kolaborasi fesyen, makanan dan muzik dekat Hotel Else, Kuala Lumpur hujung minggu ni.

Sebab untuk pengetahuan korang, platform fesyen Dia Guild ada umumkan kerjasama dengan Hotel Else untuk buatkan pengalaman weekend korang jadi lebih luar biasa!

Bermula 2-4 Jun ini, acara ini akan berlangsung di seluruh hotel, termasuklah dalam suit mewah, Else Suite! Korang boleh rasai sendiri pengalaman penggayaan fesyen dengan hasil tangan designer Malaysia, Shaleen Cheah.

Tak dilupakan juga, ada juga acara lain macam trunk show, stylish event dan showroom yang akan mempamerkan hasil kerja Shaleen Cheah yang luar biasa bersama jenama rakan kongsi Dia Guild.

Dalam masa yang sama, Shaleen Cheah juga akan perkenalkan koleksi eksklusif yang mempamerkan keanggunan, keghairan untuk jiwa bebas, resort mewah dan pakaian majlis direka khusus untuk acara Dia Guild ni.

Ramai orang suka hasil kerja Shaleen Cheah kerana material yang digunakan memang berkualiti tinggi, malah cetakan dia sangatlah vibrant serta jahitan yang sangat halus. 

Bukan itu sahaja, pengunjung yang datang juga boleh menikmati harga serendah RM400/bilik termasuklah sarapan tanpa ada had minimum hari penginapan sehingga 31 Ogos ini dengan kod “DIAGUILD” apabila buat tempahan online!

Nak tahu lanjut tentang tentatif, promo dan kod promo yang ada sepanjang event ni berlangsung, korang cuma perlukan satu KLIK je. 

Jumpa nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published.