Umpama Impian Jadi Kenyataan, 30 Orang Kanak-Kanak Sekolah Pelangi Kasih Gembira Cuba Pelbagai Profesion Di KidZania

0 Comments

KidZania memang terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan popular untuk kanak-kanak. Di sinilah mereka berpeluang mencuba pelbagai profesion dunia sebenar di samping menjadi asas pengenalan kepada dunia pekerjaan yang ada.

Tidak dinafikan juga, setiap kanak-kanak pasti menyimpan impian untuk ke sini walau apa pun status mereka. Umpama impian menjadi kenyataan, 30 orang kanak-kanak dari Sekolah Pelangi asih diraikan di sini menerusi kerjasama Suu Balm Malaysia dan KidZania dalam satu acara.

Mereka yang berusia antara 9 hingga 16 tahun ini kelihatan teruja meneroka pelbagai jenis pekerjaan bermula daripada pekerjaan tradisional seperti ahli bomba, doktor perubatan, anggota polis, krew kabin sehinggalah kepada kerjaya era baharu seperti juruanimasi, jurutera robotik, pakar kulit dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, mereka juga dapat mencuba cara penyediaan minuman trending masa kini iaitu teh boba. Mereka juga diberikan pendedahan mengenai pelbagai jenis dan cara penjagaan kulit tetapi juga merasai sendiri pengalaman sebagai pakar kulit muda atau pelanggan dengan aktiviti rawatan muka di Suu Balm.

Untuk pengetahuan, Sekolah Pelangi Kasih merupakan sebuah tempat perlindungan bagi para pencari suaka dan kanak-kanak pelarian yang tinggal di Malaysia. Di sinilah merupakan salah satu tempat yang membolehkan mereka mendapat pendidikan.

Dengan matlamat mahu memperkasakan kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian ini serta memberikan pendedahan, jenama produk penjagaan kulit yang melegakan gatal-gatal, Suu Balm menerusi kerjasama bersama KidZania telah menjalinkan kerjasama untuk menyantuni mereka.

Maklumat lanjut boleh layari: 

KidZania: https://www.kidzania.com.my/ 

Suu Balm: https://suubalm.com.my/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published.