Komuniti Bajau Laut Nak Tuntut Keadilan Terhadap Pelancong Biadap

0 Comments

Korang tahu tak pihak Iskul Sama di laut Omadal, sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah keluarkan satu kenyataan untuk menegakkan keadilan komuniti Bajau Laut?

Dalam satu posting di Instagram, pihak mereka telah menekankan tentang bagaimana komuniti dan anak–anak komuniti ini sering dianggap sebagai objek oleh para pelancong demi memenuhi kepentingan peribadi?

Mengumpan dengan menggunakan duit dan makanan, para pelancong tidak mempunyai rasa hormat kepada komuniti malah ada juga yang mengambil gambar kanak-kanak komuniti yang tidak berpakaian.

Peraturan seperti perlu mendapatkan slip kebenaran dan menyerahkan kepada balai polis berdekatan sebelum melakukan lawatan juga sering dilanggar oleh pelancong. 

Turut menyeru pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan lagi tentang isu pelancongan di Pulau Omadal, komuniti Bajau Laut sering dibawa ke dalam media mengenai kesusahan hidup mereka di sana.

Harapnya, lepas ini pelancong lebih cakna pada sensitiviti masyarakat. Datang tempat orang biarlah beradab kan?

Kredit gambar: Instagram @iskul_omadal

Leave a Reply

Your email address will not be published.