Hanya Tinggal Beberapa Hari Lagi, Ini Masanya Korang Rebut Pelung Jumpa Luffy & Gang

0 Comments

Berita gembira buat korang, peminat anime paling lama disiarkan iaitu One Piece!

Hanya berbaki beberapa hari je lagi, ekspo yang dikatakan sebagai yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara ini sepatutnya berakhir Mei lalu kini dilanjutkan disebabkan demand yang tinggi! Jadi pihak Ace Media Network Sdn Bhd gembira untuk umumkan yang ekspo One Piece ‘The Great Era of Piracy’ akan dilanjutkan sehingga 11 Jun ini!

Sebelum ini, ekspo dengan ‘konsep interaktif’ ini diadakan di Hong Kong kemudiannya memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi seterusnya.

Apa yang korang boleh expect bila datang sini?

Paling utama semestinyalah figura karakter dengan saz sebenar kan? Bukan setakat korang boleh ‘face to face’ secara real dengan Luffy and the gang, tapi korang juga boleh bermain permainan AR dengan tawaran pelbagai hadiah menarik!

Tidak terhenti di situ, setiap pengunjung juga berpeluang nak rasa macam mana feel-nya berjalan di Wano Country Street sambil riki-riki untuk bawa pulang merchandise rasmi One Piece yang dihasilkan eksklusif untuk One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Exhibition Asia Tour ini.

Jadi jangan lepaskan peluang korang. Cepat grab tiket sekarang untuk ‘lepak’ dengan Luffy and The Gang sebelum 11 Jun ini. Jangan nanti terlepas nak grab, terus ‘berputih mata’. Hanya mampu pandang poster sambil lap air mata jelah.

Kalau korang nak grab peluang yang dah suntuk sangat ni, boleh terus beli tiket di https://www.ticket2u.com.my/event/30178. Maklumat lanjut tentang The Great Era of Piracy Asia Tour, korang boleh terus ke:

Website: www.acemedia.network/onepieceasiatour

Facebook: www.facebook.com/onepieceasiatour 

Instagram: www.instagram.com/onepieceasiatour/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published.