Senarai 12 Lebuh Raya Yang Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit/Kredit Bermula September 2023

0 Comments

Berita baik untuk pengguna lebuh raya!

Mulai September ini, korang dah boleh mula membayar tol dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. 

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sistem yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih kaedah mana untuk membuat pembayaran ini pastinya lebih memudahkan mereka.

Jadi kini, Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan menyediakan pilihan bayaran RFID, kad Touch n’ Go, Smart Tag, kad kredit dan kad debit.

Kredit gambar: PLUS

Namun, buat mana sekarang hanya 12 lebuh raya sahaja yang akan menawarkan khidmat ini:

  1. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH),
  2. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE),
  3. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA),
  4. Lebuhraya Baru Pantai (NPE),
  5. Jambatan Pulau Pinang (JPP),
  6. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE),
  7. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP),
  8. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT),
  9. Lebuhraya Shah Alam (KESAS),
  10. Terowong SMART,
  11. Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX), dan 
  12. Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE).

Tak sabarnya nak guna kad debit lepas ni. Lebih mudah dan tak perlu dah nak berebut untuk dapatkan kad NFC TnG!

Sumber: Astro Awani

Kredit gambar utama: Touch n Go

Leave a Reply

Your email address will not be published.