Trip.Com mengadakan Jualan Penjimatan Hebat pada bulan 7 ini!

0 Comments

Trip.com akan melancarkan 7.7 Super Saver Sale atau Jualan Penjimatan Hebat 7.7 (“Jualan”) dari 4 Julai hingga 7 Julai 2023, dengan tawaran kilat harian yang dilaksanakan atas dasar siapa cepat dia dapat dalam tiga slot masa – 12tgh, 3ptg dan 8mlm. Rebut tawaran terbaik bagi hotel, penerbangan, tiket dan lawatan di pelbagai rantau dan negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan.

Kod promosi eksklusif boleh didapati oleh pelanggan e-mel dan ahli kumpulan Telegram. Pengguna boleh menyertai kumpulan Telegram di https://t.me/TriptalksMY dan melanggan risalah  beritanya menerusi e-mel di https://my.trip.com/subscribe. Pengguna juga boleh menantikan kod promosi rahsia yang akan dipaparkan di halaman kempen di sini. Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan jualan penjimatan hebat ini!

Nikmati potongan sehingga 30% dengan diskaun serta-merta RM60 untuk penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Malaysia menerusi Malaysia Airlines, AirAsia, All Nippon Airways, STARLUX Airlines dan banyak lagi. Kod promosi bernilai sehingga RM150 juga disediakan dengan perbelanjaan minimum RM1,500 bagi tempahan penerbangan.

Dapatkan potongan sehingga 70% daripada harga hotel untuk destinasi utama seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan. Pengguna boleh menggunakan kod promosi bernilai sehingga RM100 dengan perbelanjaan minimum RM1,000 bagi tempahan hotel.

Tawaran juga disediakan bagi tiket dan lawatan, dengan potongan sehingga 50% bagi lawatan terpilih ke tempat menarik dan juga tawaran beli 1 dapat 1 percuma. Manfaatkan tawaran Korea eSim 7 Day Pass (Pas 7 Hari eSim Korea), tiket ke Taman Tema Genting SkyWorlds dan Bangkok Wonderful Pearl Cruise dengan Makan Malam Bufet. Kod promosi bernilai sehingga RM20 ditawarkan dengan perbelanjaan minimum RM100 bagi tempahan tiket dan lawatan.

Untuk butiran lanjut tentang tawaran kilat ini, sila rujuk kepada jadual di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.