Doktor Larang Pelancong Cuba Spa Ikan, Ini Sebabnya

0 Comments

Selain mencuba pelbagai makanan rare, pelancong yang datang bercuti di Thailand pastinya teruja untuk mencuba servis spa ikan yang ditawarkan di sana. Mana tidaknya, lepas penat berjalan dapat melepaskan lelah sambil digigit manja ikan-ikan adalah salah satu terapi untuk kepuasan diri sendiri.

Tapi tahu tak, yang spa ikan ini sebenarnya tidak digalakkan? Nak tahu kenapa? Jom baca penjelasan doktor ini.

Menurut Dr. Samuel, terdapat kisah di mana seorang wanita Australia, Victoria hilang semua jari kakinya selepas mencuba servis spa ikan yang ditawarkan di Thailand. 

Mimpi ngerinya bermula apabila Victoria pulang ke rumah dan mengalami demam dan menggigil sekejap-sekejap selama setahun. Akhirnya doktor menemui punca kepada masalah tersebut. Terdapat jangkitan baru pada luka lamanya semasa beliau mencuba servis ini. 

2 tahun selepas pulang dari Thailand, Victoria hilang kesemua jari kakinya biarpun selepas mengandaikan jangkitan hanya melibatkan ibu jarinya yang dipotong. Malah doktor sendiri masih tidak melihat sebarang tanda jangkitan pada awalnya dan memberitahu beliau ia hanyalah fikirannya sahaja.

 Sehinggalah sampel darah diambil, rupanya jangkitan sudah merebak ke tulang lain dan menyebabkan kiraan sel darah putihnya tinggi.

Menurut Dr. Samuel, di kehidupan liar ikan ini memakan plankton tetapi mereka juga sebenarnya omnivor yang mana apabila kelaparan mereka boleh memakan kulit manusia. Berbeza seperti spa kaki tradisional, ikan-ikan dan air ini tidak boleh dibersihkan sebenarnya.

Selain shewanella, seseorang itu juga boleh dijangkiti jangkitan kulat streptokukus dan mikobakterium yang boleh menyebabkan mereka mengalami sakit tekak, demam dan gejala paru-paru.

Sumber: TikTok skingapore

Leave a Reply

Your email address will not be published.