Ruben, Singa Paling Kesepian di Dunia Pulang ke Habitat Semulajadi!

0 Comments

Bayangkan 5 tahun sendirian tanpa teman, sampai lupa macam mana nak mengaum. Itulah nasib Ruben, seekor singa yang ditinggalkan apabila zoo yang menjadi rumahnya tidak lagi beroperasi.

Namun nasib Ruben berubah hasil kerjasama Animals Defenders International (ADI) dan Qatar Airways Cargo. Setelah melalui perjalanan sejauh 5,200 batu, Ruben kini dapat kembali ke habitat liar di Free State, Afrika Selatan.

Walaupun menghadapi cabaran fizikal selama bertahun-tahun akibat hidup dalam kurungan, ketabahan dan keazaman Ruben memberi harapan untuk pemulihannya yang luar biasa.

Menurut Elisabeth Oudkerk, SVP Jualan Kargo & Perancangan Rangkaian di Qatar Airways Cargo, mereka komited untuk memelihara hidupan liar dan spesies terancam. Kerana itu jugalah mereka melancarkan inisiatif WeQare Chapter 2: ‘Rewild the Planet’ pada tahun 2020.

“Kami berjanji untuk mengembalikan hidupan liar dan spesies terancam ke habitat semula jadi mereka, secara percuma dan kami akan terus berbuat demikian.”

“Apabila ADI menghampiri kami dan menjelaskan kisah sedih Ruben, kami serta-merta tahu kami perlu membantu mereka. Terdapat banyak logistik yang terlibat dalam bergerak haiwan seperti Ruben; daripada logistik di lapangan terbang yang terlibat, proses untuk memuat dan memunggah haiwan dari pesawat, untuk memastikan sangkar yang betul dan kesejahteraan haiwan berada di tempatnya. Ia memerlukan banyak usaha daripada pasukan kami untuk mengatur pengangkutan sedemikian – tetapi ia adalah sesuatu yang kami semua secara kolektif sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripadanya, kerana mengetahui kami telah menyumbang semula kepada planet kita,” ujarnya lagi

Akhirnya Ruben dapat bebas bergaul dengan spesiesnya dan kembali mengaum!

Leave a Reply

Your email address will not be published.