Ramai yang dah mengenal Macau sebagai destinasi pelancongan wajib pergi dan kasino bukanlah tarikan tunggal Macau. Wilayah autonomi yang terletak di selatan China ini tersenarai sebagai ‘the next hottest tourist destination’ kerana kaya dengan warisan budaya, pusat hiburan bertaraf dunia serta pusat peranginan mewah yang sesuai untuk semua.
Kalau nak bercerita mengenai Macau, sampai esok pun tak habis. Yang penting, destinasi pelancongan mesra Muslim ini patut ada dalam ‘bucket list’ anda.
Pada yang berkesempatan hadir ke roadshow “Experience Macao, Unlimited” di One Utama minggu lalu pasti dah tahu kelebihan Macau terutamanya dengan penglibatan SJM Resorts.
Roadshow ini bertujuan mempromosikan elemen dalam Macau Tourism+ termasuk gourmet dining, aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan pada pelancong luar. SJM juga memperkenalkan Grand Lisboa Palace Resort Macau dan Grand Lisboa Hotel kepada umum. Ia menawarkan penginapan. Tempat makan, fasiliti spa, pusat membeli belah dan pusat konvensyen untuk yang berminat ke Macau.
Untuk mereka yang mencari kelainan dan sedikit classy, boleh cuba “Pakej Pelancongan Bergaya” di THE KARL LAGERFELD MACAU!
Ini juga adalah inisiatif SJM untuk terus menyokong strategi Pembangunan keperbagaian Macao SAR Government’s “1+4” yang bertujuan untuk memperkayakan pengalaman gastronomi, budaya dan tawaran sukan di rantau ini. Dengan meneruskan usaha ini, SJM menyumbang kepada pembangunan bersepadu “Tourism+” dan mengukuhkan status Macau sebagai destinasi global utama untuk pelancongan dan rekreasi.