Patung Manusia Terbesar dan Patung Haiwan Bercat Pertama Ditemui di Turkiye

0 Comments

Penggalian arkeologi di Türkiye adalah perjalanan melalui masa, mendedahkan kisah silam dan menghubungkan kita dengan warisan manusia.

Ada tak yg suka travel pasal nak tgk historical sites? Klu ada geng yg suka boleh la plan holiday ke Türkiye. Kat sana mmg femes ngan historical sites nyer. Boleh la usha penemuan baru kat Karahantepe yer! 

Dalam aktiviti penggalian di Karahantepe abru-baru ini telah menemukan sebuah patung manusia terbesar yang diketahui pada zaman Neolithic. Patung setinggi 2.45 meter itu adalah salah satu contoh seni prasejarah yang paling mengagumkan dengan ekspresi muka yang realistic. Patung figura lelaki dalam keadaan duduk itu lengkap dengan ukiran tulang rusuk, tulang belakang dan bahu. 

Sementara itu, penggalian yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan menemukan patung babi hutan yang diperbuat daripada batu kapur dalam struktur D Göbeklitepe. Arca dengan sisa pigmen merah, putih dan hitam pada permukaannya, adalah contoh bersaiz hidup dicat pertama yang ditemui.

Göbeklitepe merupakan salah satu warisan sejarah manusia yang paling penting dan mercu tanda ke-18 Türkiye dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Ia merupakan tapak arkeologi yang telah mengubah pemahaman kita tentang masyarakat pemburu-pengumpul seperti Zaman Neolithic.

Usaha penggalian arkeologi pertama di Göbeklitepe bermula pada tahun 1995, dan banyak penemuan telah digali dalam tempoh yang singkat. Kerja di Göbeklitepe telah memberikan gambaran yang tepat tentang cara gaya hidup menetap dan produktif yang muncul dari zaman terdahulu. Ia juga telah mendedahkan banyak maklumat baru tentang kehidupan sosial, seni bina, dan seni halus dan menjadi bukti kewujudan masyarakat yang sangat maju pada peringkat awal Zaman Neolithic.

Di negara yang menjadi permulaan tamadun purba, Türkiye mempunyai banyak tapak penggalian arkeologi dan projek pemulihan untuk memastikan kelestarian warisan budaya. Negara ini kini memimpin dunia dari segi projek arkeologi yang paling banyak dengan bilangan penggalian dan kajian arkeologi yang dijangka mencecah 750 menjelang akhir 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published.