Pelancong Solo Malaysia Pilih Singapura!

0 Comments

Inilah Travel solo? Why not! Menjelang Singles’ Day atau Hari Bujang, Agoda mengumumkan destinasi paling popular untuk pelancong solo. Bagi Malaysia, Singapura menduduki tempat pertama, diikuti oleh Bangkok dan Hat Yai.

Singles’ Day atau 11-11 adalah acara tahunan  yang bermula di China sebagai jawapan kepada Hari Valentine. Hari ini dipilih untuk meraikan mereka yang masih bujang atau tidak berada dalam hubungan romantis. 

Kini, populariti Singles’ Day telah meningkat di seluruh dunia, dan hari tersebut kini diiktiraf sebagai salah satu hari membeli-belah dalam talian yang paling berkesan dengan penawaran diskaun yang istimewa di pelbagai  platform dalam talian, termasuk Agoda. 

Bercuti secara solo boleh dikatakan salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada diri sendiri. Sama ada untuk meneroka budaya baharu, menjalin hubungan dengan kawan baharu atau meraikan pengembaraan dan kebebasan diri sendiri, perjalanan solo lazimnya memerlukan seseorang itu melangkah keluar dari zon selesa diri sendiri. Mereka yang berani memulakan pengembaraan bersendirian pastinya akan menerima ganjaran yang berupa kenangan yang paling istimewa dalam hidup mereka.

Tiga destinasi yang muncul di kedudukan teratas adalah Tokyo, Bangkok, dan Seoul. Bagi pelancong solo dari Malaysia pula, destinasi paling popular ialah:

1. Singapura 

Singapura, destinasi pelancongan solo yang menjadi impian kepada mereka yang bercuti bersendirian buat pertama kali. Dengan adanya kemudahan akses, aspek keselamatan yang terjamin dan juga budaya yang tidak terlalu asing bagi warga Malaysia, ia merupakan titik permulaan yang sempurna untuk percutian solo. Walaupun bersaiz kecil, Singapura menawarkan pelbagai jenis tarikan untuk semua jenis penjelajah solo, merangkumi taman tema, pusat membeli-belah, kafe menarik dan pusat seni. Kemudahan berjalan kaki di bandar raya ini juga membolehkan anda menerokai mercu tanda ikonik seperti Gardens by the Bay, Marina Bay Sands dan Chinatown mengikut rentak anda sendiri. Sebagai tambahan, tawaran masakan Singapura yang pelbagai, daripada hidangan penjaja kepada pelbagai pengalaman kulinari yang hebat.

2. Bangkok, Thailand

Terkenal sebagai salah satu destinasi paling mudah diakses di dunia untuk pengembara solo, tidak hairanlah Bangkok disenaraikan sebagai salah satu destinasi pilihan teratas. Ia juga bersesuaian dengan semua bajet kerana mempunyai fasiliti yang boleh dipilih mengukit kemampuan. Dengan warga tempatannya yang mesra serta jumlah pengembara solo yang berasal dari serata dunia di sini, anda berpeluang untuk menjalinkan persahabatan dengan mudah. Pada waktu siang, terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk diterokai. Antaranya, Istana Besar, pasar hujung minggu Chatuchak, atau lorong-lorong di Chinatown.

3. Hat Yai, Thailand 

Hat Yai mendapat kunjungan warga Malaysia yang berterusan sepanjang tahun disebabkan  kedudukannya yang berdekatan dengan Malaysia, kemudahan sambungan kereta api ETS yang mesra bajet dan pelbagai pilihan  tawaran makanan halal. Walaupun ia mungkin tidak berkongsi kemasyhuran kota-kota metropolitan negara Thailand yang lain, bandar tersebut menarik perhatian pelancong dengan layanan Thai yang mesra, makanan tempatan yang lazat, kawasan hijau yang subur dan pelbagai pengalaman budaya yang unik. Terokailah pasar-pasar yang sibuk seperti Kim Yong dan Santisuk, nikmati makanan laut yang lazat, dan jangan ketinggalan untuk mengunjungi Pasar Terapung Khlong Hae yang meriah. Pusat bandar Hat Yai yang padat adalah mudah untuk diterokai dengan berjalan kaki, walaupun pengangkutan tuk-tuk juga boleh diperolehi dengan mudah. Bagi pengembara solo, kemudahan teksi motosikal yang pantas dan berpatutan juga merupakan salah satu daya tarikan bandar ini.  

Untuk meraikan Hari Bujang, Agoda menawarkan promosi 11-11 yang boleh didapati dalam aplikasi Agoda, atau di Agoda.com/deals.

Leave a Reply

Your email address will not be published.