Menjelang Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November, Agoda telah menghasilkan sebuah buku kanak-kanak dengan menggunakan teknologi AI. Buku berjudul ‘Maya and the Secret World of Agoda’ ini bertujuan untuk menyemarakkan imaginasi serta menggalakkan kanak-kanak meneroka dan menikmati teknologi.
Buku ini boleh dimuat turun secara percuma di platform Agoda, dan tersedia dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.
Salinan asal dan rekaan visual awal bagi buku kanak-kanak 24 halaman ini dicipta sepenuhnya menggunakan ChatGPT dan Midjourney, di bawah pantauan pasukan pemasaran, teknologi dan penterjemahan Agoda.
‘Maya and the Secret World of Agoda’ mengisahkan seorang gadis muda bernama Maya, yang memulakan pengembaraannya ketika melawat ibunya di pejabat Agoda di Bangkok. Buku ini membawa pembaca muda atas sebuah perjalanan, dan memperkenalkan mereka kepada konsep teknologi melalui watak-watak menawan yang membantu menangkap imaginasi mereka, menjadikannya pilihan yang menghiburkan dan mendidik untuk kanak-kanak dan keluarga yang berminat dengan teknologi di seluruh dunia. Ia berfungsi sebagai bukti dedikasi
Agoda terhadap teknologi dan komitmennya untuk mencetuskan inspirasi dan kreativiti dalam minda kanak-kanak, terutamanya di Asia, yang mana terletaknya ibu pejabat Agoda.
“Penghasilan buku ini merupakan sebuah projek yang menyeronokkan bagi menggalakkan lebih ramai kanak-kanak meneroka dan menikmati teknologi” kata Idan Zalzberg, Ketua Pegawai Teknologi di Agoda. “Pada masa yang sama, ia meraikan kehidupan di Agoda dan ribuan warga Agoda yang bekerja tanpa jemu untuk membantu pelancong bercuti di serata dunia dengan harga yang lebih murah. Kedua-dua teks dan visual buku tersebut boleh dipertingkatkan dengan penglibatan manusia, tetapi hasilnya menunjukkan betapa pantasnya perkembangan teknologi Gen AI ini.”
‘Maya and the Secret World of Agoda’ kini boleh dimuat turun secara percuma di agoda.com/aibook/. Setiap edisi mengandungi dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris, bahasa asal yang digunakan oleh Gen AI serta edisi dalam bahasa Thai, Jepun, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Vietnam, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, dan Korea.