Cintaku Setinggi 1-Altitude!

0 Comments

Dah set tempat untuk Valentine dinner dengan kesayangan masing-masing? Kalau belum, ada satu lokasi atas bumbung yang dijamin membangkitkan suasana romantis. 

Di lokasi tertinggi di Melaka, dengan latar langit bandar bertemu dengan Selat Melaka yang indah, nikmati hidangan romantis bersama pasangan korang di 1-Altitude Melaka. Dari 9 hingga 14 Februari, destinasi ini akan menyerlahkan pesona romantiknya, menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan pelbagai pilihan istimewa Hari Valentine, 1-Altitude Melaka membuka pintunya untuk korang memulakan perjalanan penuh cinta di mana pengalaman menjamu selera lebih daripada sekadar hidangan; ia adalah perayaan cinta.

MONTI ‘San Valentino’ 

Alami kemuncak santapan romantis di MONTI, di mana menu eksklusif ‘San Valentino’ menanti. Menu Valentine 5 hidangan ini berharga RM418++ (tempat duduk biasa) dan RM476++ (tempat duduk bertingkap).

Setiap hidangan dalam Menu ‘San Valentino’ ialah karya agung yang disusun khusus untuk menzahirkan intipati warisan masakan Itali yang ghairah.

FLNT Valentine’s Day Set Menu

FLNT menjemput korang untuk memulakan gastronomical love story dengan Valentine’s Day Set Menu, berharga RM145++ seorang. Menu luar biasa ini mempamerkan gabungan harmoni masakan Jepun-Peru di mana semuanya disatukan untuk mencipta pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan pada Hari Valentine ini.

Wildseed Café February High-Tea Menu

Untuk pasangan yang mencari sesuatu yang lebih kasual, Wildseed Café adalah pilihan korang. Dengan Menu High-Tea Februari berharga RM88++ setiap pasangan, mereka menawarkan hidangan minum petang dengan gabungan rasa istimewa umpama simfoni romantis. Menu ini boleh didapati sepanjang Februari.  

Wildseed Bistro Valentine’s Couples Set Menu

Wildseed Bistro menjemput para pasangan yang bercinta untuk menikmati Valentine’s Couples Set Menu, berharga RM196++ setiap pasangan. Ia termasuk Dark Chocolate Mousse untuk menyimpulkan pengakhiran yang sempurna untuk hubungan cinta. 

1-Altitude Rooftop Bar ‘Sunset’ Valentine’s Platter

Untuk pengakhiran yang sangat romantis, 1-Altitude Rooftop Bar menyediakan Sunset’ Valentine’s Platter. Tersedia dari 9 hingga 14 Februari, pada harga RM160++ setiap pasangan, nikmati pelbagai snek menarik sambil menghirup Koktel/Mocktail Valentine percuma dengan latar belakang pemandangan langit Melaka. Pelengkap sempurna untuk malam keraian cinta!

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila layari www.1-altitude.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published.