Dari Ho Chi Minh Ke Chengdu Dengan VietJet

0 Comments

Vietjet baru-baru ini meraikan Tahun Baharu Lunar dengan pelancaran perkhidmatan terus antara Ho Chi Minh City dan Chengdu, mengukuhkan ketersambungan udara antara Vietnam dan China sekaligus mempromosikan hubungan perdagangan dan pelancongan antara kedua-dua negara.

Mengendalikan tujuh penerbangan pergi-balik setiap minggu, laluan Ho Chi Minh City – Chengdu menawarkan pilihan yang mudah kepada pelancong untuk perjalanan mereka. Untuk pengembara Malaysia, Vietjet menawarkan pilihan penerbangan tambahan dengan transit lancar di Ho Chi Minh, memberikan peningkatan fleksibiliti dan laluan alternatif ke Chengdu.

Untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses, Vietjet menawarkan tambang tiada tandingan bermula daripada hanya RM120 all-in setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat di semua laluan antarabangsa. Penumpang juga menerima insurans perjalanan SkyCare percuma. 

Ho Chi Minh terkenal sebagai hab ekonomi dan pengangkutan di selatan Vietnam, menawarkan pengunjung dari Malaysia pelbagai mercu tanda ikonik untuk diterokai, termasuk Pasar Ben Thanh selain masakan asli Vietnam seperti Pho dan Banh Mi.

Sementara Chengdu, ibu kota Wilayah Sichuan di barat daya China, terkenal sebagai “homeland” panda dan Jiuzhaigou, salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Selain laluan Chengdu – Ho Chi Minh City, Vietjet juga mengendalikan penerbangan harian yang menghubungkan Vietnam dengan bandar raya China yang lain seperti Shanghai, Hangzhou, Tianjin, Xi’an, Shenzhen dan Chongqing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.