‘Indulgent Ice Cream Cakes’ by Gula Creamery Penambat Hati Sang Cinta

0 Comments

Peminat-peminat tegar aiskrim dan dessert takkan lah tak kenal Gula Creamery ni kan? Ha kat sini lah hantu-hantu makanan manis suka mai makan. Korang ke salah satu nya? Kalau bukan, korang wajib menjadi salah satu daripada kaum tersebut. Barulah geng.

Premium Ice-Cream Cakes 

Korang pernah makan kek aiskrim tak? Telinga lintah ni terdengar ura-ura katanya Gula Creamery dah launch dessert terbaru, Premium Ice-Cream Cakes siap ada 7 flavours berlainan yang cuba menggoda jiwa kamuuu. Ecewah! Yelah korang mana tak nya, dengan kombinasi aiskrim dan kek itu sendiri amat sesuai untuk di ratah manisan nya dibawah angin sepoi-sepoi tak gitu?

Antara flavours yang bakal memikat hati korang termasuklah Raspberry-Pistachio, Pandan Gula Melaka, Biscoff Cheesecake, Mango Cheesecake, Vanilla, Chocolate dan Strawberry. Korang terliur yang mana satu? Cuba habaq mai. Tapi sis jamin kek yang bersaiz 6-inch ini bakal memuaskan hati si pengidam makanan manis diluar sana tu.

Cake-Flavoured Milkshakes & Ice-Creams

Gula Creamery juga bukan saja menawarkan kek aiskrim terbaru mereka, malah korang berpeluang untuk terokai air milkshake berperisa kek yang menggunakan bahan-bahan premium dan rasanya yang sangat berkualiti. Tu belum lagi korang tengok presentation dia, fuh meleleh air liur dibuatnya gais.

Sis nak share sikit flavours yang membuat korang akan balik dengan riang selepas minum milkshakes ni. Boleh la cuba order Strawberry Momofuku, Strawberry Pavlova, & Red Velvet, yang terpaling wow siap ada perisa tekak melayu iaitu Pengat Pisang dan Cendol. Dah memang kejap lagi sis nak pergi beli ler, memanggil-manggil dah tu.

Jom ler ajak orang tersayang bersemut-semut di Gula Creamery berdekatan weekend nanti. Nak tahu lebih boleh ke Instagram mereka okeh!

Leave a Reply

Your email address will not be published.