6 January, 2023
0 Comments
Cuba bayangkan, korang dah bersiap dan sampai awal dekat airport. Tiba-tiba flight kena tunda atau paling teruk flight dibatalkan. Dengan segala planning dah dibuat, mesti rasa sakit hati kan?
Sebagai seorang pengguna, korang berhak mendapatkan pampasan di atas kelewatan dan pembatalan yang dibuat pihak penerbangan yang mana ia bukanlah disebabkan salah korang.
- Delay 2 jam ke atas, korang berhak untuk dapat pampasan daripada segi makanan, panggilan telefon dan akses internet.
- Delay 5 jam ke atas, korang berhak untuk tuntut pampasan berbentuk hotel dan pengangkutan.
- Untuk penerbangan yang dibatalkan, korang boleh tuntut pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif.
Pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tak terjangka oleh pihak syarikat penerbangan. Sebagai contoh, situasi yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.
Kredit gambar utama: TikTok cimi26_