2 March, 2023
0 Comments
Kes melibatkan warga asing bukan sekali dua berlaku di Malaysia.
Baru-baru ini, di Zoo Negara viral satu video memaparkan dua orang warga asing yang mengutip caj RM10 terhadap pemandu yang mahu meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan kawasan tersebut.
Dalam satu video yang dimuat naik akaun TikTok @mrredzul, korang boleh nampak salah seorang daripadanya memegang resit bayaran. Malah, kenderaan juga tidak dibenarkan untuk menunggu di sana.
“Parkir tepi jalan, area Zoo Negara arahan daripada pihak Zoo Negara mohon Majlis siasat.”
Melihat ruangan komen, ada juga yang berkongsi pernah terkena dengan isu ini. Malah katanya terkena semasa cuti Krismas lagi.
Korang ada pengalaman pernah terkena tak?
Video: TIkTok @mrredzul