Bentang Tikar Pun Kena Bayar RM5 Di Pantai Teluk Kemang, Ini Yang Sebenarnya Berlaku

0 Comments

Musim cuti sekolah memang tempat-tempat percutian akan dipenuhi dengan pengunjung terutamanya kawasan yang percuma seperti pantai dan sungai. Tapi yang menimbulkan kemarahan bila ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kenakan caj yang tak sepatutnya.

Macam baru-baru ini viral di Facebook tentang caj ‘bentang tikar’ yang dikenakan di Pantai Teluk Kemang. Mendakwa dikenakan caj sebanyak RM5 hanya kerana duduk di kaki lima, rupanya sudah ramai yang turut dikenakan caj yang sama.

Sumber: Facebook

Akan tetapi, akan yang berkongsi caj ini dikenakan kerana kawasan tersebut adalah tanah milik persendirian. Kalau di Pantai Teluk Kemang, kawasan di bahagian kiri memang kawasan awam. Cuma di kawasan bahagian kanan ialah kawasan persendirian dan tertakluk kepada undang-undang pemilik.

Sebagai respon kepada insiden ini, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Esa menjelaskan kepada Harian Metro bahawa resit tersebut adalah untuk bayaran plastik sampah dan bukannya seperti yang didakwa.

““Saya difahamkan resit yang ditunjukkan itu adalah palsu dan berharap agar pengunjung faham kenapa bayaran itu dikenakan dan bukan kerana bentang tikar.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.