Cari Destinasi Bercuti? Kuching Sedia Menanti!

0 Comments

Waktu feveret untuk melancong dah tentu hujung tahun. Baik yg mencari destinasi dan pengalaman unik untuk sambutan ambang tahun baru atau Hari Krismas, 10 hari terakhir bulan Disember memang jadi pilihan untuk jalan-jalan atau bercuti. Tapi yang selalu jadi halangan adalah harga. Memang dah jadi open secret yang harga bilik biasanya lagi mahal kalau travel hujung tahun ni. 

Jangan risau, dengan misi membantu para pelancong mendapatkan tawaran terbaik, pada harga paling kompetitif, Agoda mendedahkan destinasi pelancongan termurah sekitar Asia Pasifik menjelang hujung tahun ini.

Menurut analisis purata caj bilik bagi destinasi-destinasi pelancongan dari 22 hingga 31 Disember, Kuching, Sarawak menjadi destinasi tempatan paling berpatutan, dengan purata caj sebuah bilik hanya RM 281.28! Yes!  

Destinasi pelancongan lain sekitar Asia Pasifik pula adalah Hat Yai, Yogyakarta, Dalat, Goa, Baguio, Nagoya, Taichung, Melbourne dan Busan. Purata caj bilik bermula dari RM202 di Hat Yai hingga RM 742 di Busan.

Meskipun bergelar destinasi pelancongan termurah, lokasi-lokasi tersebut mempunyai pelbagai tarikan tersedia untuk para pengunjung dan kesemuanya merupakan destinasi yang baik untuk memeriahkan hari-hari terakhir tahun 2023. Berikut adalah antara tarikan utama dalam 10 destinasi pelancongan paling berpatutan: 

Hat Yai, Thailand (Purata caj bilik: RM202)

Hat Yai, bandar yang terletak di Selatan Thailand ni ialah lubuk pelbagai kedai kopi yang serba bergaya, kehidupan malam yang meriah, sajian tempatan dan makanan laut yang cukup menyelerakan. Hat Yai ialah kawasan ideal untuk meneroka persekitaran luar bandar, mengunjungi air terjun Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary yang memukau, atau merasai sendiri budaya tradisional Thai di Songkhla Old Town. Hat Yai juga merupakan syurga pelbagai acara dan hiasan keraian sepanjang Disember. 

Yogyakarta, Indonesia (Purata caj bilik: RM263)

Yogyakarta, seringkali digelar sebagai “Serambi Budaya Jawa”, merupakan sebuah destinasi percutian yang menarik menjelang Disember, meriah dengan budaya Jawa yang serba kaya dan tapak-tapak bersejarah terkemuka, termasuklah Sultan’s Palace yang ikonik, Keraton Yogyakarta. Warisan yang kaya ini sebati dengan populasi penduduknya yang pelbagai. Teroka gereja-gereja yang dihias indah dan saksikan tradisi Krismas tempatan yang memaparkan keharmonian antara pelbagai budaya. 

Untuk hujung tahun yang lebih menarik, terokailah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kuil-kuil purba Prambanan. Atau kunjungi Kaliurang yang terletak kira-kira 25km jarak perjalanan ke Utara, di mana momen-momen menenangkan menanti anda dengan Gunung Merapi yang memukau sebagai pemandangan. Untuk sambutan Ambang Tahun Baru, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Alun-Alun Kidul (Dataran Selatan) bagi Yogyakarta Night Festival, di mana pertunjukan bunga api yang gilang gemilang menjadikan langit malam kelihatan cukup magis. 

Kuching, Malaysia (Purata caj bilik: RM282)

Kuching, ibu negeri Sarawak yang cukup menyeronokkan ini terkenal dengan pasar-pasar jalanan yang meriah, makanan jalanan yang menyelerakan, pemandangan alam sekitar yang mempesona, dan tempat-tempat bersejarah seperti Perkampungan Budaya Sarawak. Kuching ialah destinasi percutian keluarga yang sempurna untuk merasai keindahan alam semulajadi. 

Disember menukarkan Kuching menjadi sebuah dunia keraian yang menakjubkan, dihiasi lampu-lampu dan hiasan berwarna warni. Bersiar-siarlah di Kuching Waterfront yang indah atau sertai perarakan tahunan, Kuching Christmas, bagi meraikan keseronokan pesta keraian. Jangan lepaskan peluang untuk melihat Tugu Kucing yang sentiasa dihias seiring dengan apa jua sambutan. Rakyat tempatan dan pelancong lazimnya berhimpun di Carpenter Street yang rancak dengan nite life yang meriah, menjadikan Ambang Tahun Baru anda lebih mengujakan. 

Bandar pergunungan yang mempesonakan, Dalat, ialah sebuah destinasi pelancongan yang popular sepanjang tahun, namun sewajarnya menjadi destinasi wajib singgah menjelang musim Krismas dan Tahun Baru. Bandar ini bertukar menjadi sebuah dunia khayalan musim sejuk, dengan limpahan lampu bergemerlapan, hiasan-hiasan musim perayaan, dan atmosfera yang menggembirakan. 

Dalat, Vietnam (Purata caj bilik: RM319)

Cuaca sejuk ini ideal untuk meneroka tarikan-tarikan utama bandar tersebut, seperti Crazy House, Xuan Huong Lake, dan Valley of Love yang mekar dengan kuntuman bunga-bunga indah. Sama ada anda mencari-cari lokasi percutian romantic, percutian mesra keluarga, atau sambutan perayaan, Dalat, Vietnam ialah lokasi sempurna untuk dikunjungi menjelang Hari Krismas dan Tahun Baru. 

Goa, India (Purata caj bilik: RM432)

Goa, pusat pesta India, terkenal dengan keindahan pantai, kemeriahan waktu malam, pasar-pasar yang meriah dan makanan laut yang cukup lazat. Meskipun kurang menjadi pilihan pelancong, Goa kaya dengan pelbagai pesona yang tersembunyi, menjadikannya lokasi ideal untuk sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru. 

Bergembiralah dalam kehijauan alam sekitar Goa di Dudhasagar Warterfalls atau kunjungi kafe Artjuna untuk bengkel-bengkel imersif, muzik secara langsung dan sesi-sesi yoga. 

Baguio, Filipina (Purata caj bilik: RM446)

Udara Baguio yang sejuk dan nyaman membezakan lokasi tersebut dari lokasi-lokasi lain di negara tersebut, lalu digelar ‘Kota Musim Panas Filipina’. Baguio juga punya pelbagai tarikan komersial dan indah sepanjang tahun. Hayati pemandangan pokok pine yang menghiasi kembara anda di Mines View Park dan Camp John Hay. Baguio juga memiliki warisan kraf dan seni rakyat yang tersendiri sekaligus dinobatkan sebagai Bandar Kreatif UNESCO. Bandar tersebut juga merupakan rumah membeli belah barangan terpakai yang cukup meriah di Baguio Night Market di mana anda boleh mendapatkan barangan-barangan vintaj terbaik.

Jangan tinggalkan Baguio tanpa sempat berpeluang menikmati buah strawberi yang tumbuh subur di topografi unik bandar tersebut. Sama ada anda meraikan pagi Krismas dengan taho strawberry (snek Pinoy yang diperbuat daripada tofu lembut, sirap dan sago) mahupun meraikan tahun baru dengan wain strawberi bersama yang tersayang, percutian di tanah tinggi semestinya bakal menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh seisi keluarga. 

Nagoya, Jepun (Purata caj bilik: RM502)

Nagoya, bandar keempat terbesar di Jepun, ialah sebuah destinasi cosmopolitan yang meriah dan menawarkan sesuatu untuk semua yang dating berkunjung. Menjelang musim Krismas dan Ambang Tahun Baru, bandar tersebut dihidupkan oleh cahaya-cahaya musim perayaan, acara-acara istimewa, dan suasana keraian. 

Nagoya terkenal dengan lampu-lampu musim sejuk yang memukau, antara yang terbaik di Jepun. Jalan-jalan dan taman-taman utama di bandar tersebut bertukar menjadi dunia khayalan musim sejuk yang penuh mahis dengan jutaan lampu yang bergemerlapan, seperti taman botani Nabana no Sato serta daerah Sakae dan Osu yang cukup bercahaya. 

Taichung, Taiwan (Purata caj bilik: RM594)

Taichung bukan sahaja sarat dengan warisan sejarah dan budaya, bahkan terkenal dengan keindahan alam sekitar yang mengilhamkan pesona. Terkenal dengan tarikan pelancongan dan aktiviti-aktiviti yang pelbagai, Taichung sesuai untuk semua jenis pelancong, baik yang menggemari penerokaan tinggalan-tinggalan budaya, menikmati sajian-sajian lazat, mahupun yang asyik dibelai keindahan alam sekitar. 

Tambahan pula, Taichung bakal menjadi tuan rumah Lishan Guguan Light Art Festival Disember ini, dilimpahi dengan kesenian cahaya yang mempesonakan sepanjang bulan tersebut. Di samping pertunjukan cahaya yang luar biasa, festival ini juga menampilkan pelbagai persembahan dan acara muzik, menimbulkan suasana hidup sepanjang sambutan tersebut. Para pengunjung boleh menghayati keindahan karya seni bercahaya sambil menikmati persembahan muzik secara langsung atau mengambil bahagian dalam pertunjukan tarian dan bengkel-bengkel kesenian. 

Melbourne, Australia (Purata caj bilik: RM727)

Melbourne telah sekian lama digelar ‘Permata Budaya’ dengan arena seni yang dinamik, acara kesukanan yang meriah, kopi artisan terkemuka dunia, dan kehidupan malam yang mempesona. Menjelang Hari Krismas dan cuti sekolah, metropolis tepi Pantai ini turut dihidupkan dengan kemeriahan yang sesuai buat seisi keluarga. Dari pasar Krismas sehinggalah acara kesukanan bertaraf dunia seperti Australian Open Tennis Tournament, Melbourne pasti mempunyai sesuatu buat semua tanpa mengira bajet perbelanjaan anda. 

Dengan adanya sistem tram yang merupakan keempat terbesar di dunia, Melbourne ialah sebuah destinasi yang boleh diteroka dengan berjalan kaki. Baik pantai-pantai indah, mahupun kesibukan Federation Square, ada sahaja sesuatu yang mengujakan di Melbourne yang serba meriah. 

Busan, South Korea (Purata caj bilik: RM742)

Busan ialah sebuah destinasi persisiran pantai yang seindah namanya dengan kombinasi pantai-pantai nan indah, pencakar langit moden, pasar-pasar tradisional dan Lorong-lorang kafe yang selesa. Untuk berpeluang melihat pemandangan ibu kota yang pelbagai di depan mata, kunjungi Busan X the SKY, balai cerap yang terletak di tingkat atas bangunan kedua tertinggi di Korea, terletak di Haeundae Beach. Sekiranya anda lebih menggemari pengalaman yang lebih santai, bersiar-siar di Dalmaji-gil Road yang kaya dengan kafe-kafe kecil dan memukau yang menampilkan pemandangan lautan biru yang menakjubkan. 

Apa kata anda rasai sendiri pengalaman pesta cahaya unik musim sejuk di tepi laut? Gwangalli Beach menganjurkan Gwangalli Marvelous Drone Light Show, sebuah acara mingguan pada setiap malam Sabtu yang menampilkan persembahan dron bercahaya yang menakjubkan merentasi langit malam musim sejuk yang luas terbentang.Di samping membantu para pelancong untuk memilih destinasi pelancongan yang paling berpatutan, Agoda juga membantu mendapatkan penjimatan terbesar menerusi Price Freeze, Price Alerts, diskaun kart beli belah, tawaran media sosial dan pelbagai lagi, membolehkan orang ramai untuk berjalan jauh dan meluaskan pemandangan pada harga yang berpatutan.

Tidak kira anda pengembaraan solo atau dengan yang tersayang, pelancongan ketika musim kemuncak menandakan permintaan yang lebih tinggi, jadi pencarian tawaran yang istimewa mampu mengubahnya. Dengan mengetengahkan destinasi pelancongan dengan purata caj penginapan yang berpatutan, Agoda membantu pelancong tanpa mengira bajet mereka untuk meraikan musim hujung tahun dengan penuh gaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.